Salam,
Haha lama sungguh tak update ini blog. Bukan sibuk tapi kemalasan melanda. Mula-mula nak update tips apabila kehilangan baby kesayangan aka my car tapi disebabkan kes ini belum selesai lagi eloklah saya tidak mengganggu penyiasatan polis dengan membuat statement apa-apa di laman sesawang (#ayatnakmintaklempang #inibukankessamanneelo**lah!). Tips itu akan menyusul setelah semuanya selesai.
Hari ni saya nak share apa yang perlu kita buat kalau kita kehilangan sijil SPM/PMR. Anda cuma perlu datang ke Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pelajaran Malaysia, Block E11, Kompleks E dan semestinya ianya terletak di Putrajaya. Sampai disana, anda hanya perlu mengisi borang dan membayar RM10 untuk satu salinan dan dalam masa sejam anda akan menerima SALINAN sijil SPM/PMR tersebut. Kenapa saya perlu caps SALINAN itu, adalah saya ingin memberitahu kita tidak akan menerima sijil SPM/PMR seperti yang original tapi ianya sah untuk digunakan untuk kegunaan akan datang.
Saya rasa ini merupakan service terbaik, sebabnya janji ditepati. Sebab receptionist tu cakap dalam masa sejam awak boleh ambil salinan SPM/PMR awak dan saya menerima salinan tersebut dalam masa 50 minit. Jadi kawan-kawan, bukan semua gomen lambat okeh and layanan sangat manis dengan senyuman menawan.
Tapi sementara menunggu sijil-sijil tersebut, saya melakukan sedikit observing, ohooo dan saya terlihat owh ramainya staff gomen yang masuk kerja pukul 3 - 3.30 selepas lunch pada hari jumaat. Mungkin dorang pergi ke jabatan lain (#xnakpikirjahat) tapi tidak dorang lengang kangkung membawa purse memasing sambil gelak ketawa. Untunglah korang. tapi saya rasa tak semuakan begitu (#stillxnakpikirjahat).
Tapi cerita indah tak semestinya happy ending, saya disini ingin menyuara sedikit kekesalan yang mana UTM meminta bayaran RM500 untuk satu sijil, so dats mean i should pay RM1,000 for diploma and degree! (#owhmenangisdengarkan!) Ini bukan dapat meringankan beban. Adakah pihak ini ingat saya sengaja menghilangkan sijil ini? kalau sijil berada di rumah dan rumah terbakar? Adakah dia berfikir yang kos yang perlu ditanggung oleh mangsa dan ditambah dengan RM1,000 itu? Tapi lucky for me coz i still have the english version. So i use them for the time being. Okaylah abislah sudah entry formal saya kali ini. Untuk entry akan datang, saya tidak tahu lah bila.
Catatan :
Tenkiu Abah! Love you!