Wednesday, October 24, 2012

Belanga @ Empire Gallery

Hi Morning!!

Jom kita mulakan pagi dengan gambar makanan! hehe semoga saya yang tengah diet ini kenyang dengan gamabr-gambar tersebut!

BELANGA @ EMPIRE GALERY SUBANG
date : 19 October 2012
with mummy-to-be
_______________________________________________________________________________

Nasi Kerabu saya!

Nasi Dagang Mimi!

Lemongrass Juice! Mimi punya!

Sago Pudding Me!

Sedap!! Semua habis licin saya sental! tapi sangat suka desert dia! sejuk + lemak + manis! SANGAT sedap! :)

Tuesday, October 23, 2012

congrats sista!

CONVOCATION DAY!
Date : 21 October 2012
Venue : Marriot Putrajaya
_________________________________________________________________________











 
\







Thursday, October 18, 2012

Tips apabila kehilangan kereta

Hi kawan! hari jum kita share tips kalau kita kehilangan kereta. Kisah benar!
Amaran : entry ni tersangatlah panjangg dan jika anda kurang rajin tak payah la baca..hahaha :P

1# Pastikan kereta kita memang betul-betul tiada di tempat last kita parking.  

Yelah kadang-kadang kita lupa kan kita letak mana keta kesayangan kita tu. Then sila call penguatkuasa tempatan dan bank yang kita pinjam. 

Tepon penguatkuasa (MPSJ,MPAJ,MBPJ,DBKL) sebabnya manalah tau kita parking kat illegal parking ke, mana tau dia tow keta kita kannnnnn. 

Then tepon bank, mana tau payment kita tak masuk ker, sbb kekadang kita bayar on9 different bank kan..or mana tau kita lupa bayar ke sebab sibuk sangatkann, sibuk sampai 3 bulan x bayar (itu tipu) tapi kalau beli cash tu tak payah la tepon bank lak kannnn. I tak mampu nak bayar cash, so kena lah tepon bank kannnn.

2# Pergi report polis

Erin terus report polis hari yang sama. Lepas je tau keta memang tiada (sobs) terus pi jumpa pak polisi buat report. Walaupun masa tu tak bawa satu pun document keta tu kan. Tapi pastikan, kawasan kejadian tu dikaver oleh balai mana. Kang, jadi pim pom di pas-pas. Lepas tu citer la kat polis kat kaunter aduan tu, kalau boleh sedetails mungkin. Lokasi kejadian tu jalan apa, keta kaler apa, no pendaftaran, pukul bape parking, pukul bape kita sedar dia hilang dsb. Lepas report kat kaunter aduan tu kita akan kena jumpa SI (eh yeke SI). So, dia akan mintak kita fax (or) pass kat dia document keta iaitu  hire purchase agreement, geran, cover letter insurance. Kalau boleh masa jumpa SI ni mintak no tepon (sebaik-baiknya henpon) so senang lepas ni kita berurusan dengan dia je. Kita kena tunggu SI ni close case (eh betul ke term ni?). Surat ni lah kita kena bagi kat insurance nanti. Tempoh masa tak boleh nak agak sebab masa erin hilang erin survey ada yag sebulan ada yang berbulan-bulan. Erin tu tak silap dalam masa 2 minggu je. Tapi erin rajin call la tanya.

3# inform pihak insurance

Yer kawan-kawan, kita kena pi jumpa pihak insurans utk claims purpose then dia akan mintak geran, hire&purchase agreement, & cover letter insurance, copy ic, copy license, report polis, police investigation result (ni surat yang kita mintak kat SI yang kat atas tu). Documents ni memang penting, erin dulu photostat sampai 5 copy. senang tak payah nak pi ulang alik. Kunci kereta (2 set-original) kena tunjuk dulu, masa erin aritu, tunjuk je, then kita simpan sampailah offer letter kuar. Simpan baik-baik tau! Jangan lah nak mengharap kita dapat 100% dari sum insured kita kan.

4# inform bank (branch yang kita pinjam)

Then after erin pi insurans erin pi bank untuk inform keta kita hilang. Then erin check balance loan, sebab nak tengok balance compared to sum insured. And, yer kawan-kawan, kita kena buat monthly payment untuk kereta kita itu sampai insuran claim tu setel yer! KENA! LOAN STILL JALAN WALAUPUN KETA DA JALAN!! huhuhu. Kalau tak bayar boleh, kalau nak merasa nama CCRIS and nak beli keta baru susah! So kalau tak nak susah kemudian, KITA BAYAR LAH FOR NOTHING! (nice!). 

5# Adjuster

Okay, pastu kita kena tunggu adjuster dari pihak insurans lak, situasi erin, adjuster datang after a month tau! hilang 15/5/2012, adjuster datang 14/6/2012. Huh, masa tu da rasa da, mesti lemb claim ni nanti and sila jawab solan-solan adjuster tu. Banyak okeh! and he promise akan hantar report to Tokio M dalam masa 2 weeks. tapi nan ado! (pffftttt) itu pun erin chased every week tau! naseb tak every day! hahahahaha masa dia tanya soalan tu dia ada tulis dalam rekod dia, so erin cakap erin nak rekod tu nak simpan untuk copy sendiri. Adjuster siap cakap awak ni takut sangatlah! hahaaha sokahati lah! nanti susah I jugakkan, at least ada prove (pfffttt)

6# Offer letter for insurance

So tunggu la berapa lama itu bergantung kepada pihak insurans itu sendiri. Macam saya ini, 5 month jugak lah baru dapat. dan dapat pun memang lebih rendah dari sum insured! sudah bagitau kan, janganlah mengharap dapat sama. Dia tengok harga pasaran bagi keta yang sama usia nya, walaupun adjuster bagi value sama dengan sum insured, insurans tetaplah bagi rendah ye kawan-kawan. Then masa dapat offer ni kalau kita setuju, kita kena ini berbagai form.   Form utk insurans, original geran (sila amik kat bank and ada gak form kena sign by officer bank), form JPJK# & JPJ TM-AB, and full set of keys of the vehicle. So siap isi, pi JPJ, pi bank and submit kat bank.

7# Tunggu pulak insurans issue cheque.

Tunggu la cek pulak..penat tau tertunggu-tunggu. Masa ni after hantar yang atas tu dalam 3 minggu lebih jugak la baru dorang issue cheque, then dorang akan pos terus pada bannk utk full settlement.


8# Finally full settlement 

Pastu kenalah pulak tepon bank tanya received tak cheque and kalau received tanya ada balance tak dan mintak surat confirmation abaut the settlement from bank untuk simpanan pihak kita..

9# Pergilah beli keta baru

Maaflah buat company insurans saya yang lama! awak kehilangan potential client bila claim saya lambat setel! helo company insurans baru! hahaha yeay!

last but not least
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Awwwww!! hahahaha

hahahahah. da abes~ penat yer!



 

Aku suka dia!


I'm in love with a woman I can never have.
The point is I'm in love with her and it's driving me crazy.
I'm not in control.
I've to stay together to protect her and she wants me to be the better man,
which means I can't be who I am.
-Damon salvatore


EH HI DAMON!!
yea!! aku suka dia!! tak tipu!!
mata dia! senyum dia! bahasa dia!
hahaha mampus kena tumbuk nanti!! maaf mr soul!! jap je nak suka!! jap je!!
and maaf eima, aku suka damon jugak!! :P

X-tra large lagi!!

 Sekian~
update: eh lupa, jum lihat dia ni dalam vampire diaries!



Monday, October 8, 2012

Cerita lapuk : Saya Kehilangan Kereta Saya!

Hi peeps!

Okay lama sungguh la nak update pasal hilang keta ni kan.. Pejam - tido - celik - keje - cuti - puasa - raya - bercinta - nangis - ketawa - senyum, nak menunjukkan sudah lama lah keta tu hilang (hehe), baru la diizinkan olehNya nak share the experience. Nightmare! 

All the nightmare happen on 15 May 2012. Masa itu AI mau pi lunch dengan Puan Mimi, kiranya dalam pukul 1 tengahari. Tapi hajat kami untuk menaiki keta Puan Mimi, so AI memang tak bawak lah kunci keta kannn. Then, bila sampai di tempat kejadian (tempat parking), AI pandang Puan Mimi, dan Puan Mimi pandag AI dan..

Puan Mimi : Erin, mana keta ko?
AI : Ermmmm, pagi tadi aku paking depan keta ko kan??
Puan Mimi : Ye, kita rasa.
AI : Ermmmm, takpe la, aku naik pi amik kunci dulu. Mana tau salah parking kannnn..

[AI pun berlari-lari anak pi naik opis and amik kunci keta. Eh, kunci keta adallah. Tapi keta pi mana?? :'( . AI pun turun lah bawah balik, pi tempat parking tu]

AI : Mimi, xde bunyi la. Kalau salah paking, mesti paking dekat2 kan. Kalau keta ada dekat mesti bunyikkan..
Puam Mimi : 0______0
AI : T_______T

Jadinya lepas itu, AI pun TERDUDUK lalu TERNANGIS di bawah redup pokok kelapa! hahaha 


Kat area yang AI kaler kuning tu la parking. Opis, kat shop-offices tu. adala lebih kurang 5 lot dari tepi kot!
Then AI pun mesti la tepon hero dulu kan. Skali masa tu hero otw nak pi meeting kot. 

Hero pun cakap lah, try kol MPSJ mana tau kena tow ke, sebab parking tu bukan parking yang sebenar (haha) dengan erti kata lain, road-side tepi kawasan perumahan tuuuu. Or call bank ke, mana tau bank amik! (dalam hati: hah!!mana leh bank amik! orang bayar tau! orang tumbuk dorang kalau dorang amik! kuatnye orang tuh! haha). 

Then, disebabkan hero tak boleh datang as fast as superman sebab kena pi meeting dulu, AI pun naik la opis balik. Terus pi tempat senior, then then then (malu) 

AI : Abg Sham....kete erin (sobs) kete erin (sobs) tak de..(waaaaaaaaaaa...haha)
Abg Sham : hah! jum pi tengok bawah dulu! salah paking kot!

Satu opis okeh pi turun bawah! big boss pun turun, duduk tengah panas then bincang-bincang (lega lettew, nasib kete kitew tak hilang..hahaha maap bos gurau!). Then ada patrol car tengah round and berhenti, jadinya AI pun terus bagitau keta hilang, so dia amik no plat, mana tau jumpa masa dia tengah ronda-ronda kann.. 

Senior (Abg Sham & Abg Wali) pun bawak pi police station untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa..haha otw tepon Abah n Abg Hery (no..no.. xle ngorat, dia my brother in law) tanya camner nak buat. Dorang pun tak tau sangat, sebab yela mana pernah hilang keta kan. Orang yang hilang keta ni orang yang terpilih je,  (haha) maksud saya dugaan tak pernah datang di luar kemampuan kita kannn. So terus kita pi wat report, sambil-sambil check kat MPSJ and Bank. Hasil dari mereka ini,

MPSJ : Maaf cik, kami sudah tidak menjalankan xtvt tarik keta sejak bulan...... 
Bank : Maaf cik, kami tak tarik keta cik. 

Masa ni, lagi rela dorang tarik keta AI tau. So, masa tu sudah rela, pasrah, menyerah yang keta tu hilang bersama kasut! heels! sandals! kasut balik! heels balik! sandal balik! and cert-cert! sebab baru lepas pi interview! (kantoi)

AI pun cuti one and a half day untuk uruskan semua benda! banyak! tension! tapi nasib boss consider half day jek! 1 hari lagi cuti free! yeay! Special thanks too

Thanks hero, sebab tolong setelkan all the things. Insurans, bank, buat AI senyum - gelak and semua lah! 
Thanks abang heri sebab kasi pinjam keta! 
Thanks abah sebab tolong uruskan yang baru pulak and bantuan kewangan :P ! 
Thanks mimi ada masa AI susah dan tolong cakap ngan hero masa AI tak leh cakap sebab nangis! 
Thanks abg sham & abg wali sebab teman pi report! 
Thanks family & kawan-kawan yang bagi moral support yang tolong share post kat FB, twitter! 

" Kita akan tahu siapa sebenarnya orang disekeliling kita semasa kita susah! itulah sebenarnya diri mereka!" 

[Pengajaran ye : jangan buat keta sebagai rumah kedua sebagaimana saya!! tinggal SEPASANG SEKAKI! haha dan kepada pencuri, sila tinggalkan barang-barang yang dirasakan penting sebelum anda membawa lari keta orang lain! kalau boleh jangan bawak lari keta orang lain! bawak lari keta sendiri!] 

Tindakan selanjutnya kita wat entry lain lah yer! :) 

Monday, October 1, 2012

Tiada motip!

Niat hati mahu mengarang arini.. tapi bila ku bukakan lembaran baru (eceh!) 
jari ku kaku, lidah ku kelu, dan fikiran ku buntu. 
Makanya, aku memilih untuk  berhenti sampai di sini sahaja (alasan!). Akhir kata,

"Tiada salah bila seseorang terlalu berfikiran positif,
bukan tidak berpijak di bumi nyata,
tapi menggunakan kekuatan positif itu sebagai motivasi di hari depan!
InsyaAllah jalannya pasti ada!"