Tuesday, September 25, 2012

Tips Menguruskan Badan! BUat saya?

Saya perempuan, makanya saya teramatlah sensetif dengan tumbesaran badan. Ini adalah kerana saya rasa, saya telah menambah berat badan dengan konsistennya sejak kebelakangan ini. 

Nasib baik weight scale saya rosak, so saya tak tahu berat saya dan ini mengurangkan stress saya. Tapi saya bertukar stress bila saya mahu mencuba pakaian baru, cinta hati akan ambil size L atau up 1 size untuk saya cuba sedangkan ditangan saya ada yang bersaiz S and M (owh itu nightmare okeh!). 

Dan lagi, apabila saya pergi ke rumah kawan akrab saya yang sudah lama tidak berjumpa, dia siap main teka-teki dengan kakak nya. Teka-teki itu berbunyi :   Erin bahagia tak? jawapannya kita tengok badan erin masa dia sampai okay? dan bila saya satu langkah di pintu, dia bertanya "Erin bahagia eh?" (ok damn!). 

Seterusnya, pada hari ini saya google lah tips untuk kembali kurus tapi add on kurus dan fit! Ini adalah tips nya:


  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.


Oleh yang demikian saya pun kena mula senaraikan apa yang perlu dan telah saya lakukan:

1. Saya breakfast, saya ambil lunch yang lite, and saya sudah kawal dinner saya

2. Saya perlu bersenam dan saya memilih untuk berenang,
    cuma saya tak tahu bila saya mahu start. T___T

3. Saya perlu lakukan sit up! okay, saya akan mulakan balik kerja hari ini

4. Saya perlu makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

5. Saya perlu mengambil buah-buahan sebagai ganti dinner saya.

5. Saya tidak mahu mengamalkan pil diet! saya ingin berusaha tanpanya!

6. Saya akan sediakan vit C, (mungkin yang budak2) untuk saya mkn bila
    saya lapar diantara waktu makan

7. Saya perlu kurang minyak dalam mknn saya. Stim, grill, panggang, stim, grill, panggang
    (tapi saya baru mkn nasi goreng lunch tadi walaupun separuh! Menyesal!!)

8. Saya perlu minum air limau nipis atau fresh orange sebagai rutin harian saya semula

9. Saya perlu gantikan bateri penimbang berat saya
    (sebab tu saya tak tahu berapa berat saya sekarang)

Wah semangatnya! SEMOGA SAYA BERJAYA!!

[tapi saya tingin nak makan lamb chop-kg baru, singgang ikan-kg baru, steamboat, char kuey teow, nasi ayam rempah-tmn impian ehsan, seafood kat bagan lalang, manhattan dan sebagainya!!hahaha!! Sekian Terima Kasih!! T____T]

Sumpahan!


Heee macam scary je tulis sumpahan as title pagi-pagi ni kannnnn.. sebenarnya ni dalam Harry Potter lah! Cik Blog kan suka Harry Potter.. NI fact tentang spell/curse dalam tu..hihihi ingat kan takde makne kan.. :P


Accio’

Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’


‘Avada Kedavra’

Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan...‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.


‘Crucio’

Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyiksa’.



‘Expecto Patronum’

Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.


‘Expelliarmus’

Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’


‘Impedimenta’

‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.


‘Lumos’

‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.


‘Rictusempra’

‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksudmulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.


‘Sectumsempra’

Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.


‘Stupefy’

Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.



‘Wingardium Leviosa’


Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.

SAYA AMBIL DARI SINI : 


Thursday, September 20, 2012

Notis buat Nenek, Mayen dan Pakcik!



" Kakak dan adik dah kemas dapur. 
Kakak dah sapu pemadam yang kakak sepahkan.
dan kami buat air tea'o yang nenek selalu buat.
Adik pula buat nescafe untuk pak cik.
Kakak dan adik boleh kemas masa nenek tak ada."

sibuk je nak bernotis bagaikan, nak cakap dorang buat keje lettew..
isk..isk anak buah sape la nih! 

[saya on duty VI minggu ni sebab tu saya rajin post..haha]

Tuesday, September 18, 2012

MasterChep Junior

Kadang-kadang seronok-ronok (nak tunjuk yang seronok sangat) tengok budak kecik ni main masak-masak. Macam nak join jek! Dorang main masterchef tau! kelas anak buah ai & anak hafzi ni.. "anda anda 60 minit untuk menyiapkan sajian anda" hamik, ayat sebijik cam chef dalam master chep tu..hahaha 

owh! nak jadi kecik balik, nak main masak-masak, kawen-kawen (gatai!!), nak main penculik-penculik (hi syazwan! yang slalu kena paksa jadi penculik! haha), nak main getah, police-entry-one-to-jaga-police-mati-pencuri-jaga, main galah panjang, nak main bole sepak (pastu kena denda, orang lain main bola jaring T___T), nak main yang kat tiang-tiang tuh, nak main baling tin or baling selipar..

Main je keje kau kan.. eh tak nak jadi kecik balik, nak belajar sungguh-sungguh sebab kite nak jadi PM..huahuahua..tinggikannnn cecita ai?? cait!! verangan!! sebelum ai hanyut dengan cecite selain PM, jum kita layan masterchep junior. Main ingredient Tanah, pasir, batu, bunga-bunga cantik nenek yon, lada gemok nenek yon dan rumput. 

Okay, let's me introduce peserta and juri. Juri adalah Chep Naili (biru) Kumpulan A adalah Auni (Oren) Kumpulan B adalah Alya (Merah) dan peserta termuda Kumpulan C adalah Qis (pink). Siap bawak jalur gemilang lagi.. sape menang round tu sila lari-lari bawak bendera okeh. Atok Hasim penat bising-bising jangan main bendera tu. hahahaha

Mari kita lihat masterchep junior beraksi!!! 









Okay, sekarang hasilnya!!!! hahahaa mayen x tahan nak gelak dulu! 





so siapa yang terkeluar adalah.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


gaya terkeluar da ada da dik qis!! hahaha mayen gurau okeh!! 
Hasilnya semua berpeluh, buchuk and macham!!
Pening T_____T !!

[dan buat kekanda dan adinda saya, kami makan ini aritu! chep : Norsiah!! yummy..hahaha baik nye jeles!!]




Burger Celop!

Disebabkan saya tidak boleh upload di FaceBook, so saya upload di sini ya Team Burger Celop.. Kita kasi promote burger celop dulu okeh! Ni banner dorang, kalau nak tau feedback or detail pi la FB dorang kat sini.


Ok and now inilah pic creative yang tak seberapa creative tu! terimalah Model saya, Cik Ahya Lidi! Aaaaaoooup!!!


Keterangan Gambar:

"BURGER CELOP LAIN DARI YANG LAIN KERANA gabungan bun steam + sos special + homemade burger + cheese = BURGER CELOP, memberikan rasa yang sungguh enak hingga ke suapan yang terakhir seperti dunia ini ANDA DAN BURGER CELOP YANG PUNYA!" 


Friday, September 7, 2012

Raya!! okeh da ley rehat 2 bulan!! :P

Okeh kengkawan, sementara semangat itu masih ada mari kita teruskan hapdet dengan Raya 2012 pulak. Haha ini terbaik dari ladang, memang saya simpankan untuk di blog sahaja, non ada di fb, non ada di twitt, specially di blog! (hahaha xpayah la nak berspecial edition sangatlah!! kau yang pemalash nak upload kan??)   Yelah photos ni special buat burung kakak tua ku sebab banyak gambar dia yang cantikkan. Orang da cantik, tangkap gambar camno pun tetap cantikkan, tuan blog ni non ado, memang tak cantik!

Enjoice "La Photos De Hari Raya" (owh! my france! hihi) 






dan yang terakhirnya, saksikanlah aksi melampau dari pasangan ini : 
(please don't try at home! nak try pun boley! hahaha)






































NASEB LAH ADA SORANG JEK AKAK & ABANG IPAR MACAM NI! 
ASIK DORANG, DORANG LEPAS DORANG & DORANG LAGI NAK TANGKAP GAMBAR! AISH! PINGSAN! 

Iftar 2012

Nampak sangatlah cik erin kita ni peMALAS, haha combine 1 post for 2 month. Hey wake up!! orang da nak abis raya la der! Jadinya tak terkira la banyaknya gambar di dalam satu entry, cayalah!! tapi okeh la daripada teman saya yang 3 bulan tak hapdet-hapdet kan. Sebenarnya nak tunjuk ai nih busy melampau sepanjang 2 bulan ni, nak hapdet blog tak sempat u'olls (tak de maknenyer). 

Walaupun banyak citer-citer dan gambar-gambar yang berkulat dalam memory card ni, passion untuk menulis tu tak tau la pi mana sampai nengok blog pun ai tak mau. Nasib berkulat je lom tumbuh cendawan lagi kan. Okaylah, tak payah lah nak poyo citer bebanyak sebab nak cover dua bulan kan, kiter terus je masukkan gambar. (hahaha, memang dasar..)

Let's begin with IFTAR 2012

1# RHIZP @ Holiday Villa 










eh perlukah gambar makanan je? 









homakaiihhh nampakkah di situ, berat badan ku meningkat dengan konsistennya! hoyeh! hahaha tensi mak! nak kurus balik.. nak kurus balik! ni kes berjangkit dengan ofismate yang duduk sebelah meja ai lah ni! hahaha dia bambam tapi bambam berisi! ai? hahaha


2# friends @ Qthai steamboat





















Sudah beralih musim kan? musim ibu mengandung. dulu musim kawen-kawen. haiyoh! dulu prepare gift untuk mak ayah, ni kena prepare baby gift. Yelah kan, nasib badan. Saper suruh kawen lambat. Hahaha.
Malam ni syiok sempat singgah berkenang-kenangan di depan kolej kedua! rindu! nak muda balik! dari berbuka sampai ke sahur kot spent time ngan dorang! :)
Eh sempat lagi ni nak wish congrats too Khairil Azley yang akan berkhidmat untuk negara! yeah saya yang menurut perintah!