Showing posts with label iqra. Show all posts
Showing posts with label iqra. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Hak Masing-Masing



Lebih baik aku diam, takut nanti terjadinya fitnah. 
Lebih baik aku diam dari berkata, takut terserlah kebodohan diri. 
Lebih baik aku diam dari menyinggung. 

Tapi percayalah, kuasa Allah melebihi segalanya. 
Usaha itu tangga kejayaan. 

Cuma bagi ku.
Janganlah terlalu lantang mengatakan anda benar. 
Jangan terlalu lantang sehingga tercalar budi pekerti. 
Setiap kata-kata kamu adalah peribadi kamu. 
Cermin diri, hiasi peribadi. 

Tiada kemenangan yang mutlak.
Yang menang bukan popular.
Yang kalah Anda masih boleh berdiri.
Allah menguji keikhlasan kamu dalam apa kamu perjuangkan. 
Ikhlaslah berjuang kerana Allah.
Dengan izinNya, perjuangan kamu tidak sia-sia.

Bacalah wahai bangsa ku.
Jangan terlalu ikutkan emosi.
Bacalah. 
Bantulah perjuangan mu dengan pengetahuan.
Bantulah setiap kata-kata kamu dengan akal.
Bantulah setiap ayat mu dengan kebenaran.
Bantulah keikhlasan dengan kesabaran.

Setiap manusia berhak memilih siapa yang layak bagi mereka.
Mereka turut merasa bukan sahaja kita.
Usah mencaci usah mencerca.
Maka jadikanlah Pencipta sebagai sandaran yang utama, bukan pada manusia.
Beriman kepada Qada dan Qadar

p/s: aku cuma sekecil kuman berbanding kalian. maaf kepada siapa yang tak bersetuju. maaf tentang kekurangan diri.