Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Perjalanan Aku

2012, 

Tahun yang memberikan pelbagai rasa, buat aku, buat family. Tahun yang mengajar aku erti peritnya kehilangan, peritnya perpisahan, peritnya kerana terpaksaan dan aku cuma manusia yang hanya mampu terus mencuba menghadapinya satu per satu. 

Maka jalan yang aku pilih hanyut bersama arus sebab menentangnya aku tak berdaya. Maaf jika masih belum ada entry seperti sebelumnya, entry yang happy, kini cuma ada entry yang emosi. Aku tidak mampu menipu dan memang aku emosi dan masih emosi. 

Terima kasih keluarga, terima kasih masa sekarangku, terima kasih sahabat, terima kasih masa lepasku, terima kasih atas segalanya. Membangunkan aku di saat aku jatuh, menguatkan aku di saat aku lemah, memudahkan aku di saat aku susah, memberikan tawa di saat aku menangis.

2013,

Tapi hadirnya kesedihan bukan penghalang hadirnya kegembiraan. Insya Allah, tahun baru aku mahu coretkan cerita baru pada buku yang baru. Semuanya, mencuba sedaya nya untuk mencoretkan cerita terbaik, sebagai hamba, sebagai anak, sebagai adik, sebagai kakak, sebagai mayen, sebagai sahabat, sebagai pekerja, 

dan sebagai syuzairin suhaimin.

Walau aku kehilangan saudara kandung, tapi ku masih mempunyai anak-anak yang merupakan keutamaanku. Walau separuh jiwa ku pergi, tapi aku masih mempunyai separuh lagi yang akan ku kuatkan yang akan aku utamakan. 

Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku dan perjalanan hijrahku. Ameen. 

korang doakan aku!

http://erinsuhaimin.blogspot.com/2012/12/saudara-kandungku.html