Wahai saudara kandungku,
Pergimu tiada kembali,
Hilangmu tiada pengganti,
Sesungguhnya Pencipta lebih mengasihi.
Sesungguhnya yang menjemputmu
Walau hebatnya kasih sesama kami,
tiada tandingan kasihNya Pencipta kami
Walau teguhnya setia sesama kami,
tiada tandingan cintaNya yang hakiki
walau rindu kami sudah tak tertanggung
walau tangis kami membanjiri bumi
walau ingatan terhadapmu sentiasa ditabir mata,
kami redha dengan pemergianmu
redha seluruh jiwa dan raga
sesungguhnya masa kami akan tiba
semoga betemu kita di syurga.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
tak tertanggung kami dengan kekhilafan
doa kami, semoga tidak terlambat buat kami
Ya Allah, sampaikanlah doa kami,
Ya Allah, sampaikanlah bacaan kami,
Ya Allah, sampaikanlah hadiah kami,
Ya Allah sampaikanlah ingatan kami.
terima kasih atas segalanya
meninggalkan harta yang tak ternilai buat kami
akan kami menjaga harta Along sepenuhnya
akan kami memelihara harta Along sebaiknya
akan kami mendidik harta Along seikhlasnya
kerana mereka adalah bekalan buat Along di sana
Dua permata yang solehah, Insya Allah.
Dialah ibu, dialah anak dan dialah kakak
damailah Along di sana, semoga bertemu kita di Jannah, Amin.
Adik-adik mu.
6 March 1981 - 24 November 2012
Al-Fatihah